NADI X Cybersecurity-Live Webinar; Deepfake & AI Scam; Bila Muka Dan Suara Anda Dipalsukan
10 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 9 Julai 2026, bermula pukul 3.00 petang, 2 orang peserta NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Cybersecurity iaitu Live Webinar; Deepfake & AI Scam; Bila Muka dan Suara Anda Dipalsukan.
Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang teknologi deepfake dan penipuan berasaskan AI. Ia juga membantu peserta mengenalpasti tanda-tanda deepfake dan AI Scam. Selain itu, ia memperkasa peserta dengan langkah-langkah perlindungan keselamatan digital.
Penceramah menerangkan konsep deepfake dan AI Scam serta menunjukkan contoh video atau audio yang asli dan yang telah dipalsukan untuk membantu peserta memahami perbezaannya. Peserta menjawab kuiz berkaitan ciri-ciri deepfake, kaedah mengenalpasti penipuan AI dan langkah-langkah keselamatan siber bagi mengukuhkan kefahaman mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan: