NADI X Cybersecurity-Live Webinar; Bahaya Beri Kad Pengenalan Anda Kepada Orang Lain
26 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 25 Jun 2026, bermula pukul 3.00 petang, 2 orang peserta NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Cybersecurity iaitu Live Webinar; Bahaya Beri Kad Pengenalan Anda Kepada Orang Lain.
Webinar ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai risiko dan ancaman yang boleh berlaku apabila maklumat kad pengenalan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Peserta akan mempelajari bagaimana penjenayah siber menggunakan maklumat identiti untuk melakukan penipuan, membuka akaun palsu, membuat pinjaman tanpa kebenaran serta menjalankan pelbagai aktiviti jenayah digital yang boleh memberi kesan kepada mangsa.
Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan:
Gambar 1 hingga Gambar 5 : Gambar semasa taklimat berlangsung.