NADI X Cybersecurity-Live Webinar “Tiktok, Instagram & Threads; Bagaimana Data Anda Dikumpul Tanpa Sedar”
23 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 23 Julai 2026, bermula pukul 3.00 petang, seorang peserta NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Cybersecurity iaitu Live Webinar; “Tiktok, Instagram & Threads; Bagaimana Data Anda Dikumpul Tanpa Sedar”.
Program ini bertujuan memberikan penerangan mengenai bagaimana tiktok, instagram dan threads mengumpul data pengguna, jenis maklumat peribadi yang dikongsi tanpa disedari, bagaimana algorithma mengenali minat dan tingkahlaku pengguna. Ia juga menerangkan cara melindungi privasi serta mengawal tetapan keselamatan akaun media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan:
Gambar 1 hingga Gambar 5 : Gambar semasa taklimat berlangsung.