NADI X Keusahawanan-Video Pralatihan 28 “Nak Mula Buat Bisnes; Apa Yang Perlu Dirancang?”
15 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 14 Julai 2026, bermula pukul 2.00 petang, seorang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Keusahawanan iaitu menonton Video Pralatihan 28 “Nak Mula Buat Bisnes; Apa Yang Perlu Dirancang?”.
Video ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan membuat perancangan yang rapi sebelum memulakan perniagaan agar lebih yakin, teratur dan bersedia menghadapi cabaran perniagaan. Peserta menonton video pralatihan berkaitan perancangan asas perniagaan, mempelajari aspek penting seperti pemilihan produk atau perkhidmatan, sasaran pelanggan, modal permulaan dan strategi pemasaran. Sesi perkongsian dan refleksi ringkas untuk membantu peserta merangcang langkah awal memulakan perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan: