NADI Webinar Kesejahteraan Kendiri-Penuaan Sihat; Kunci Kehidupan Berkualiti
15 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 14 Julai 2026, bermula pukul 10.30 pagi, seorang ahli NADI Pekan Machan telah menyertai Webinar NADI Kesejahteraan Kendiri iaitu Penuaan Sihat; Kunci Kehidupan Berkualiti.
Program NADI Care ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang konsep penuaan sihat sebagai asas kepada kehidupan yang berkualiti. Melalui webinar ini, peserta diperkenalkan kepada hakikat bahawa proses penuaan bukan sekadar perubahan fizikal, tetapi turut melibatkan aspek mental dan sosial yang perlu dijaga sejak awal. Perkongsian oleh pakar perubatan kesihatan awam ini menekankan kepentingan membuat pilihan gaya hidup yang sihat seperti pemakanan seimbang, aktiviti fizikal dan penjagaan emosi bagi memastikan kesejahteraan berpanjangan apabila usia meningkat.
Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan: